Salam ukhuwah dari sidang editor asramatoklela..
Maaf kerana lambat untuk mengutuskan rencana-rencana berkenaan asrama untuk tatapan semua pembaca blogger ini. Ini disebabkan beberapa masalah yang dihadapi oleh sidang editor asramatoklela yang tidak dapat dielakkan di samping tugas-tugas sebagai penjawat awam yang agak banyak sehingga tidak berkesempatan untuk melaporkan segala aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan setelah kembali ke Asrama Tok Lela.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sekembalinya pelajar-pelajar asrama dari bercuti selama lebih seminggu, telah dijalankan roll call asrama. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti pelajar-pelajar asrama yang tidak pulang dari kampung sama ada menghadapi masalah-masalah kecemasan mahupun 'sengaja' tidak mahu pulang dari bercuti. Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan didapati seramai 8 orang pelajar yang tidak kembali ke asrama dan tindakan akan diambil dari pihak warden asrama.
Selain dari itu, terdapat juga kemasukkan pelajar seramai 4 orang iaitu seorang pelajar aspura dan 3 orang pelajar aspuri. Kedatangan mereka kami alu-alukan dan diharapkan dapat mengikuti peraturan-peraturan asrama yang telah ditetapkan oleh pihak asrama. Sehingga ke tarikh ini, untuk makluman pembaca-pembaca blogger ini, semua penghuni asrama adalah seramai148 orang. Namun begitu tempat yang terhad ini tidak dapat menampung kemasukkan insan-insan pelajar sekolah ini kerana masalah fasiliti dan keadaan persekitaran asrama walaupun dikira dari kapasiti mampu menampung sehingga 200 orang pelajar.
Di samping itu, pihak Asrama Tok Lela sedang berusaha untuk menjalankan latihan-latihan untuk menghadapi cabaran dalam Karnival Asrama Peringkat Zon 5 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Justeru itu, diharapkan semua pelajar asrama dapat memberi komitmen dalam acara yang diwakili mereka. Sila tunjukkan semangat seorang pahlawan yang kita semua sanjung sehingga meletakkan nama beliau sebagai nama sekolah ini. Ia ialah Dato' Seri Maharaja Lela. Tonjolkanlah semangat beliau di dalam diri kita semua. Semoga maju jaya di dalam acara yang diwakili oleh mereka.
Pada hari Selasa malam Rabu yang lalu, telah diadakan satu perjumpaan bagi melantik Biro-Biro dan AJK Asrama termasuk ketua-ketua Dorm. Ini dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan asrama di samping dapat maklum balas dari para pelajar asrama berkenaan segala masalah dan ketidak keselesaan pelajar yang menghuni Asrama Tok Lela ini. Diharap jawatan yang diberi dapat menjadikan pelajar-pelajar yang dilantik seorang pemimpin di masa hadapan.
Selain itu, pihak warden asrama turut menjalankan aktiviti-aktiviti keceriaan ke atas persekitaran asrama yang telah lama bertapak di sekolah kita. Moga-moga usaha para warden dapat dimanfaat dan dijaga dengan baik. Turut mengisi slot ini ialah keceriaan di dalam dorm pelajar di mana inisiatif pelajar-pelajar yang telah dilantik oleh para warden dapat menjalankan tugas memimpin dan menjalankan tugas yang diberi secar amanah dan jujur.
Akhir kata dari sidang editor, Selamat Maju Jaya dan lakukan yang terbaik untuk asrama kita.
Salam ukhuwah dari sidang editor asramatoklela

No comments:
Post a Comment