Asrama SMKDSML telah dibuka pada 3 Ogos 1991. Pembukaan asrama ini pada asalnya bertujuan memberikan tempat tinggal kepada para pelajar yang tinggal di seberang Sungai Perak iaitu sekitar kawasan Pasir Salak yang datang ke sekolah dengan menyeberangi sungai menggunakan perahu.
Walaubagaimanapun, oleh kerana tidak ada sambutan yang menggalakkan daripada pelajar sekitar Pasik Salak, ia telah dibuka kepada pelajar-pelajar lain yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.
Pada peringkat awalnya, hanya 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan sahaja yang tinggal di asrama, dengan hanya masing-masing 3 dorm sahaja yang dibuka. Warden yang pertama ialah En. Suhaimi.
No comments:
Post a Comment