Friday, March 13, 2009

Jamuan Makan Malam Dan Perpisahan Tuan Pengetua

Salam ukhuwah dari sidang editor..
Semalam berlangsungnye satu majlis yang dianjurkan oleh warga asrama iaitu Jamuan Makan Malam Asrama Dan Perpisahan Tuan Pengetua. Mantan Pengetua, En Nayan Bin Mahmud yang dinaikkan pangkat telah berpindah ke SMK Dato Abd Rahman Yackob sebagai pengetua di sana. Majlis ini dilakukan bagi menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau selama berada di sekolah ini.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Yang Di Pertua PIBG, Tn Hj Abd Manan Bin Hj Salleh dan semua AJK Pengurusan Asrama. Majlis yang diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua warga Asrama Tok Lela. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada semua warga asrama kerana sumbangan yang besar telah dicurahkan oleh beliau. Diharapkan pengganti yang bakal menggantikan tempat beliau dapat menjalankan tugas sebaik-baik tugas yang telah dilakukan oleh beliau.

JASAMU DIKENANG oleh semua warga Asrama Tok Lela. Semoga kenangan selama kita bersama dapat dijadikan Kenangan Yang Terindah antara kita. Diharap dapat menjalankan tugas yang baik ditempat baru. Semoga tidak melupakan warga Arsrama Tok Lela buat selama-lamanya.

Sekian dulu wadah dari editor asramatoklela.

No comments:

Post a Comment