Tuesday, April 7, 2009

Bersua kembali!!

Salam sejahtera dan salam ukhuwah dari sidang editor asramatoklela.

Maaf kerana telah lama tidak menulis blog berkenaan asrama. Kesibukkan sebagai seorang guru telah menyebabkan kelewatan ini. Banyak perkara telah berlaku selama saya tidak mengupdate blog ini. Oleh itu, saya akan menceritakan perkara-perkara yang berlaku secara berperingkat.

Yang pertama, pada 26 Mac 2009, telah berlangsungnya satu aktiviti yang dipanggil AWAS. Ini bertujuan bagi mengenalpasti penghuni-penghuni asrama yang menghadapi masalah selama berada di Asrama Tok Lela ini. Di samping dapat melihat perkembangan pelajar-pelajar dalam penglibatan aktiviti yang dianjurkan. Dalam program yang dikendalikan oleh En Hamshsh Bin Noraini, kaunselor SMKDSML, maka program berkenaan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.



Selain itu, aktiviti seterusnya ialah mengenai keceriaan antara dorm yang mana pemenang bagi bulan MAC telah dimenangi oleh Dorm 3 bagi Aspura dan Dorm 2 bagi Aspuri. Diharap pada bulan-bulan yang akan datang, penghuni-penghuni asrama dapat memberikan saingan kepada dorm-dorm yang telah memenangi pada bulan ini.

Seterusnya merupakan aktiviti tahunan Asrama Harian iaitu Karnival Asrama Peringkat Zon 5. Penghuni-penghuni asrama sedang giat menjalankan latihan bagi menghadapi acara-acara yang dipertandingkan. Justeru itu, pertandingan-pertandingan dalaman telah diadakan bagi memilih peserta-peserta yang berkaliber bagi mewakili Asrama Tok Lela. Diharap peserta-peserta yang mewakili Asrama Tok Lela berjaya mewakili Zon ke peringkat yang lebih jauh lagi di samping dapat mengharumkan nama Asrama Tok Lela dan juga sekolah ini.

Itulah serba sedikit aktiviti-aktivi yang berlangsung di Asrama Tok Lela. Semoga kita dapat bersua di lain waktu dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pentadbiran asrama kepada semua penghuni Asrama Tok Lela.

Salam ukhuwah dari sidang editor asramatoklela.


No comments:

Post a Comment