Salam sejahtera dan salam ukhuwah dari sidang editor asramatoklela.
Maaf kerana telah lama tidak menulis blog berkenaan asrama. Kesibukkan sebagai seorang guru telah menyebabkan kelewatan ini. Banyak perkara telah berlaku selama saya tidak mengupdate blog ini. Oleh itu, saya akan menceritakan perkara-perkara yang berlaku secara berperingkat.
Yang pertama, pada 26 Mac 2009, telah berlangsungnya satu aktiviti yang dipanggil AWAS. Ini bertujuan bagi mengenalpasti penghuni-penghuni asrama yang menghadapi masalah selama berada di Asrama Tok Lela ini. Di samping dapat melihat perkembangan pelajar-pelajar dalam penglibatan aktiviti yang dianjurkan. Dalam program yang dikendalikan oleh En Hamshsh Bin Noraini, kaunselor SMKDSML, maka program berkenaan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Selain itu, aktiviti seterusnya ialah mengenai keceriaan antara dorm yang mana pemenang bagi bulan MAC telah dimenangi oleh Dorm 3 bagi Aspura dan Dorm 2 bagi Aspuri. Diharap pada bulan-bulan yang akan datang, penghuni-penghuni asrama dapat memberikan saingan kepada dorm-dorm yang telah memenangi pada bulan ini.
Seterusnya merupakan aktiviti tahunan Asrama Harian iaitu Karnival Asrama Peringkat Zon 5. Penghuni-penghuni asrama sedang giat menjalankan latihan bagi menghadapi acara-acara yang dipertandingkan. Justeru itu, pertandingan-pertandingan dalaman telah diadakan bagi memilih peserta-peserta yang berkaliber bagi mewakili Asrama Tok Lela. Diharap peserta-peserta yang mewakili Asrama Tok Lela berjaya mewakili Zon ke peringkat yang lebih jauh lagi di samping dapat mengharumkan nama Asrama Tok Lela dan juga sekolah ini.
Itulah serba sedikit aktiviti-aktivi yang berlangsung di Asrama Tok Lela. Semoga kita dapat bersua di lain waktu dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pentadbiran asrama kepada semua penghuni Asrama Tok Lela.
Salam ukhuwah dari sidang editor asramatoklela.
Tuesday, April 7, 2009
Thursday, March 26, 2009
Selamat Kembali Ke Asrama
Salam ukhuwah dari sidang editor asramatoklela..
Maaf kerana lambat untuk mengutuskan rencana-rencana berkenaan asrama untuk tatapan semua pembaca blogger ini. Ini disebabkan beberapa masalah yang dihadapi oleh sidang editor asramatoklela yang tidak dapat dielakkan di samping tugas-tugas sebagai penjawat awam yang agak banyak sehingga tidak berkesempatan untuk melaporkan segala aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan setelah kembali ke Asrama Tok Lela.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sekembalinya pelajar-pelajar asrama dari bercuti selama lebih seminggu, telah dijalankan roll call asrama. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti pelajar-pelajar asrama yang tidak pulang dari kampung sama ada menghadapi masalah-masalah kecemasan mahupun 'sengaja' tidak mahu pulang dari bercuti. Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan didapati seramai 8 orang pelajar yang tidak kembali ke asrama dan tindakan akan diambil dari pihak warden asrama.
Selain dari itu, terdapat juga kemasukkan pelajar seramai 4 orang iaitu seorang pelajar aspura dan 3 orang pelajar aspuri. Kedatangan mereka kami alu-alukan dan diharapkan dapat mengikuti peraturan-peraturan asrama yang telah ditetapkan oleh pihak asrama. Sehingga ke tarikh ini, untuk makluman pembaca-pembaca blogger ini, semua penghuni asrama adalah seramai148 orang. Namun begitu tempat yang terhad ini tidak dapat menampung kemasukkan insan-insan pelajar sekolah ini kerana masalah fasiliti dan keadaan persekitaran asrama walaupun dikira dari kapasiti mampu menampung sehingga 200 orang pelajar.
Di samping itu, pihak Asrama Tok Lela sedang berusaha untuk menjalankan latihan-latihan untuk menghadapi cabaran dalam Karnival Asrama Peringkat Zon 5 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Justeru itu, diharapkan semua pelajar asrama dapat memberi komitmen dalam acara yang diwakili mereka. Sila tunjukkan semangat seorang pahlawan yang kita semua sanjung sehingga meletakkan nama beliau sebagai nama sekolah ini. Ia ialah Dato' Seri Maharaja Lela. Tonjolkanlah semangat beliau di dalam diri kita semua. Semoga maju jaya di dalam acara yang diwakili oleh mereka.
Pada hari Selasa malam Rabu yang lalu, telah diadakan satu perjumpaan bagi melantik Biro-Biro dan AJK Asrama termasuk ketua-ketua Dorm. Ini dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan asrama di samping dapat maklum balas dari para pelajar asrama berkenaan segala masalah dan ketidak keselesaan pelajar yang menghuni Asrama Tok Lela ini. Diharap jawatan yang diberi dapat menjadikan pelajar-pelajar yang dilantik seorang pemimpin di masa hadapan.
Selain itu, pihak warden asrama turut menjalankan aktiviti-aktiviti keceriaan ke atas persekitaran asrama yang telah lama bertapak di sekolah kita. Moga-moga usaha para warden dapat dimanfaat dan dijaga dengan baik. Turut mengisi slot ini ialah keceriaan di dalam dorm pelajar di mana inisiatif pelajar-pelajar yang telah dilantik oleh para warden dapat menjalankan tugas memimpin dan menjalankan tugas yang diberi secar amanah dan jujur.
Akhir kata dari sidang editor, Selamat Maju Jaya dan lakukan yang terbaik untuk asrama kita.
Salam ukhuwah dari sidang editor asramatoklela

Friday, March 13, 2009
Selamat Bercuti Kepada Warga Asrama Tok Lela
Salam ukhuwah dari sidang editor.
Semua warga mengetahui hari ini merupakan hari terakhir persekolah sebelum semua bercuti sempena Cuti Pertengahan Penggal Persekolahan. Warga asrama akan pulang selepas solat Jumaat untuk bertemu dengan keluarga masing-masing. Warga asrama akan bercuti selama seminggu dan akan berjumpa pada 22hb Mac 2009 untuk roll call pulang dari kampung. Perkara yang telah lama ingin dilakukan oleh warden-warden Asrama Tok Lela.
Semua warga asrama diharap dapat menjaga keselamatan diri semasa di kampung agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Semoga kita berjumpa lagi seminggu dari sekarang. Teruskan usaha untuk menjadikan Asrama Tok Lela sebuah asrama yang cemerlang dan terbilang.
Sekian dulu bicara dari editor asramatoklela buat semua.

Jamuan Makan Malam Dan Perpisahan Tuan Pengetua
Salam ukhuwah dari sidang editor..
Semalam berlangsungnye satu majlis yang dianjurkan oleh warga asrama iaitu Jamuan Makan Malam Asrama Dan Perpisahan Tuan Pengetua. Mantan Pengetua, En Nayan Bin Mahmud yang dinaikkan pangkat telah berpindah ke SMK Dato Abd Rahman Yackob sebagai pengetua di sana. Majlis ini dilakukan bagi menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau selama berada di sekolah ini.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Yang Di Pertua PIBG, Tn Hj Abd Manan Bin Hj Salleh dan semua AJK Pengurusan Asrama. Majlis yang diadakan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua warga Asrama Tok Lela. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada semua warga asrama kerana sumbangan yang besar telah dicurahkan oleh beliau. Diharapkan pengganti yang bakal menggantikan tempat beliau dapat menjalankan tugas sebaik-baik tugas yang telah dilakukan oleh beliau.
JASAMU DIKENANG oleh semua warga Asrama Tok Lela. Semoga kenangan selama kita bersama dapat dijadikan Kenangan Yang Terindah antara kita. Diharap dapat menjalankan tugas yang baik ditempat baru. Semoga tidak melupakan warga Arsrama Tok Lela buat selama-lamanya.
Sekian dulu wadah dari editor asramatoklela.

Thursday, March 12, 2009
Result SPM
Salam ukhuwah dari editor asrama tok lela..
Hari ini bertempat di SMK Dato' Seri Maharaja Lela, Kg Gajah, pelajar-pelajar berpusu-pusu mengambil keputusan SPM yang bakal menentukan hala tuju kehidupan mereka selepas alam persekolahan. Semua guru mendoakan kejayaan yang bakal mereka kecapi setelah bertungkus lumus menabur bakti tanpa rasa penat dan jemu. Begitu juga dengan warga Asrama Tok Lela yang ingin melihat kejayaan pelajar-pelajar asrama sama ada mendapat kejayaan mahupun tidak. Segala hasil usaha warga asrama untuk meningkatkan kecemerlangan di dalam akademik mahupun kakurikulum telah ditaburkan. Semoga kejayaan yang dikecapi dapat membantu pelajar-pelajar asrama mencapai segala cita-cita yang telah dipendamkan.
Sekian dulu pembuka bicara..
Dari sidang editor asramatoklela untuk pembaca sekalian..

Selamat Datang Ke Asrama Tok Lela
Assalamualaikum w.b.t
Selamat mengunjungi blog asrama tok lela ini..
Kami cuba memberi segala maklumat dan informasi terkini berkenaan dengan segala aktiviti yang diadakan sepanjang tahun oleh warga-warga Asrama Tok Lela ini. Moga-moga segala pendedahan yang diberikan melalui blog ini dapat diikuti oleh segenap pelusuk warga Malaysia dan dunia. Silalah memeriahkan blog ini dengan menghantar artikel-artikel yang ingin dimuatkan di dalam blog ini ke asramatoklela@gmail.com.

Subscribe to:
Posts (Atom)