Thursday, March 12, 2009

Result SPM

Salam ukhuwah dari editor asrama tok lela..

Hari ini bertempat di SMK Dato' Seri Maharaja Lela, Kg Gajah, pelajar-pelajar berpusu-pusu mengambil keputusan SPM yang bakal menentukan hala tuju kehidupan mereka selepas alam persekolahan. Semua guru mendoakan kejayaan yang bakal mereka kecapi setelah bertungkus lumus menabur bakti tanpa rasa penat dan jemu. Begitu juga dengan warga Asrama Tok Lela yang ingin melihat kejayaan pelajar-pelajar asrama sama ada mendapat kejayaan mahupun tidak. Segala hasil usaha warga asrama untuk meningkatkan kecemerlangan di dalam akademik mahupun kakurikulum telah ditaburkan. Semoga kejayaan yang dikecapi dapat membantu pelajar-pelajar asrama mencapai segala cita-cita yang telah dipendamkan.

Sekian dulu pembuka bicara..
Dari sidang editor asramatoklela untuk pembaca sekalian..

No comments:

Post a Comment